Archives

All posts for the day January 18th, 2013

TOPIK 2: JAWAPAN ESEI: MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA

Published January 18, 2013 by STARS

Masalah Penentuan Harga Barang

Harga barang cenderung berubah dari semasa ke semasa dan berbeza antara tempat dalam sesebuah negara. Jadi, sukar untuk menentukan harga barang yang tepat bagi menghitung nilai keluaran yang disumbangkan oleh setiap sektor dalam ekonomi.

Masalah Pengumpulan Maklumat

Semasa penghitungan Pendapatan Negara, masalah pengumpulan data cenderung timbul. Misalnya, nilai pertukaran barter, pendapatan daripada aktiviti haram dan data susut nilai sukar diperoleh. Oleh itu, data Pendapatan Negara tidak dapat dihitung dengan tepat.

Sesetengah negara sedang membangun dan negara kurang maju tidak mempunyai maklumat tepat tentang kegiatan ekonomi mereka.

Masalah Pengiraan Kegiatan Haram

Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif dianggap sebagai kegiatan haram, dan tidak dicampurkan dalam akaun pendapatan negara sesetengah negara. Kegiatan haram ini termasuk pelacuran, perjudian,penanaman dan penjualan ganja dll.

Masalah Pengiraan Kegiatan Yang Tidak Dibayar Dengan Wang

Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif tidak dibayar dengan wang. Ini termasuk kegiatan gotong-royong, pertukaran barang dalam sistem barter, penggunaan bangunan pemilik untuk tujuan pengeluaran atau perniagaan, bayaran upah dalam bentuk bukan wang, dan perkhidmatan suri rumah.

Kegiatan ekonomi seperti ini seharusnya diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara tetapi susah dilakukan.

Masalah Pengiraan Dua Kali

Kebanyakan barang perlu melalui beberapa proses pengeluaran sebelum menjadi barang siap atau barang akhir. Jadi, bagi mengelakkan masalah pengiraan dua kali, nilai barang perantaraan tidak harus dimasukkan dalam pengiraan Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran. Sebaliknya, hanya nilai barang akhir atau jumlah nilai ditambah sahaja yang perlu dimasukkan semasa mengira Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran.

Masalah pengiraan dua kali selalunya wujud kerana sukar untuk membezakan barang akhir dengan barang perantaraan. Jika nilai kedua-dua barang akhir dan barang perantaraan dicampurkan, ini akan berlaku masalah nilai pendapatan negara dibesarkan.

 Masalah Pengiraan Perbelanjaan Kerajaan

Bunga atas pinjaman kerajaan (satu bentuk bayaran pindahan) tidak boleh dicampurkan.

Perbelanjaan kerajaan keatas barang perantaraan tidak patut dicampurkan, contohnya bayaran upah kepada anggota tentera dan polis yang bertujuan melicinkan proses pengeluaran barangan.

Masalah Penentuan Nilai Perubahan Dalam Inventori

Barang simpanan perusahaan terdedah kepada perubahan tingkat harga. Oleh itu, perubahan dalam inventori akan berlaku melalui masa.

Pembetulan nilai inventori perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah “lebih nlai” atau “kurang nilai” KNK. Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir harga inventori dari semasa ke semasa.

Masalah Penentuan Susut Nilai

Modal fizikal tetap seperti bangunan kilang, mesin dan kenderaan mengalami kerosakan dalam proses pengeluaran.

Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir nilai susut nilai modal fizikal tetap. Ini menyulitkan pengiraan pelaburan bersih (iaitu pelaburan kasar − susut nilai) dan seterusnya pengiraan Keluaran Negara Bersih.

TOPIK 2: JAWAPAN ESEI: KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA

Published January 18, 2013 by STARS

Kegunaan Nilai Pendapatan Negara

  1. Mengukur Pendapatan Per Kapita (PPK)
    = Pendapatan negara / Jumlah penduduk
  1. Mengukur Pendapatan Negara Benar (Y0)
    = IH0 / IH1 x Y1

    di mana
    Y0 = pendapatan negara benar
    Y1 = pendapatan negara mengikut harga semasa
    IH0 = indeks harga pengguna tahun asas
    IH1 = indeks harga pengguna tahun semasa

  1. Mengukur Pertumbuhan Ekonomi
    = (KDNK benar2 − KDNK benar1) / KDNK benar 1 x 100%
  1. Mengukur Pertumbuhan Kebajukan
    = (PPK benar2 − PPK benar1) / PPK benar 1 x 100%
 

Kegunaan Data PPK

  1. Mengukur taraf hidup negara pada sesuatu tahun.
  2. Membandingkan taraf hidup negara bagi dua tempoh masa.
  3. Membandingkan taraf hidup di antara negara itu dengan negara lain.
  4. Dijadikan panduan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa bagi menentukan jumlah bantuan kewangan/ pinjaman kepada negara-negara miskin.
 

Lain-Lain

Kegunaan Data Kadar Pertumbuhan Ekonomi

Menentukan prestasi pencapaian ekonomi bagi sesuatu tempoh.

Kegunaan Data Pendapatan Negara Mengikut Kaedah Keluaran

Menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan sebagai petunjuk perubahan ekonomi. Ini membantu kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang sesuai demin mencapai matlamat ekonomi yang ditetapkan.

Kegunaan Data Pendapatan Boleh Guna

Petunjuk saiz pasaran kepada para pelabur tempatan dan asing kerana ia menggambarkan kuasa beli negara berkenaan.

Lain-Lain

Data pendapatan negara yang merangkumi KDNK, jumlah pelaburan swasta dan awam, perbelanjaan penggunaan swasta dan awam dll membolehkan kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk tahun-tahun akan datang.

TOPIK 2: LATIHAN PENGUKUHAN 1: PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Published January 18, 2013 by STARS

1.      Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan Negara bagi sesebuah Negara

         pada suatu tahun

butiran
RM billion
Sewa
Untung syarikat
Untung perusahaan persendirian
Gaji dan upah
Buna kasar
Bunga ke atas pinjaman kerajaan dan pengguna
Subsidi
Susut nilai
Cukai tak langsung
5 000
10 000
15 000
12 000
6 000
2 000
3 000
4 000
9 000
a)      Apakah yang dimaksudkan dengan bunga bersih (1)
b)      Hitung pendapatan Negara (2)
c)      Hitung KNK pada kos factor (2)
d)      Hitung KNK pada harga pasar (2)
e)      Jika KDNK pada harga pasar ialah RM62 000 juta, hitung pendapatan factor bersih
         dari luar Negara (2)
f)       Nyatakan sebab mengapa KDNK pada harga pasar melebihi KNK pada harga pasar
 
 
2.      Jadual di bawah menunjukkan data KDNK Malaysia pada tahun 1993 dan tahun
          1998
Jenis aktiviti
Tahun 1993
(RM juta)
Tahun 1998
(RM juta)
Pertanian
Perlombongan dan kuari
Perkilangan
Pembinaan
Perkhidmatan
TOLAK:-bayaran perkhidmatan bank
CAMPUR:- Duti import
KDNK pada harga pasar
16 205
8 039
30 324
4 023
44 394
6 411

4 043

100 617
15 813
9 339
47 354
7 428
62 478
12 280

3 747

133939
a)      Hitung peratus sumbangan sector pertanian kepada KDNK Malaysia pada tahun
         1993 dan tahun 1998. (2)
b)      Hitung peratus sumbangan sector perkilangan kepada KDNK Malaysia pada tahun
         1993 dan tahun 1998. (2)
c)      Berdasarkan pengiraan di bahagia a dan b di atas, nyatakan arah aliran sumbangan
         sector pertanian dan sector perkilangan terhadapa KDNK Malaysia (2)
d)      Hitung kadar pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 1998 berbanding tahun 1993
e)      Hitung kadar pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 1998 berbanding tahun 1993

3.      Jadual di bawah menunjukkan KNK, indeks harga umum dan bilangan
                   penduduk di Malaysia antara tahun 1980 dan 1986.
Tahun
KNK mengikut harga semasa(RM juta)
Indeks harga 1980=100
KNK benar mengikut harga 1980 (RM juta)
Bilangan penduduk (juta orang)
KNK per kapita (RM)
1980

1981

1982

1983

1984

1985

1986

51 390

55 602

59 690

X

X

72 039

66 364

X

X

X

109

116

114

117

X

55 051

57 951

60 119

63 950

X

X

X

14.5

14.9

15.3

15.7

16.2

3806.7

3960.5

X

X

X

X

a)      Tahun manakah merupakan tahun asas? Mengapa? (2)
b)      Hitung indeks harga pengguna tahun 1981. (2)
c)      Hitung KNK harga semasa tahun 1984 (2)
d)      Hitung KNK benar tahun 1985 (2)
e)      Hitung KNK per kapita benar tahun 1984 (2)
f)       Hitung KNK per kapita harga semasa tahun 1985 (2)
g)      Hitung KNK benar tahun 1986 mengikut harga tetap tahun 1985 (2)
h)      Mungkinkah KNK benar lebih tinggi daripada KNK harga semasa pada tahun
         tertentu? Mengapa? (3)
i)       Pada tahun bilakah KNK per kapita benar jatuh? Berapakah peratus kejatuhan
         secara berbanding dengan tahun sebelumnya? (3)
 
4.      Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah Negara.
Butiran
RM juta
Upah dan gaji
Sewa
Bunga kasar
Bunga pinjaman kerajaan
Bunga pinjaman pengguna
Pendapatan perusahaan persendirian
Keuntungan yang tidak diagihkan dividen
Dividen
Cukai pendapatan syarikat
Cukai pendapatan persendirian
19200
3 700
5 200
1 200
1 700
5 200
2 700
1 700
1 200
3 700
a)      Hitung bunga bersih (2)
b)      Hitung keuntungan syarikat (2)
c)      Hitung penapatan Negara (3)
d)      Berapakah KNB pada kos faktor (1)
e)      Sebutkan dua jenis keuntungan (2)
 
 
Jawapan : Akan Datang 😉
 
PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH

“The mind is not a vessel to be filled, but a fire to be kindled.”

MPPT6 STARS

Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Tun Abdul Razak

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.